Ahad, 30 Julai 2017

Panduan Membeli Tayar Kereta

Tips mengesan kehausan tayar kereta

Kedalaman bunga tayar perlu melebihi 1.6 mm

Untuk pengetahuan semua, apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan, tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu. 

Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.

Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata. 

Bagi tayar yang botak secara sekata pula adalah perkara biasa. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. 

Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dengan lebih cepat


Tarikh Pembuatan Tayar

Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan ketika membuat pembelian tayar. 

Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja. 

Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar. 

Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.

Cuba lihat nombor seperti diatas (*1709*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini (sesetengah tiada tanda asterisk). 

2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu). 

Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *1709* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 17 dalam tahun 2009 iaitu bersamaan bulan April 2009. 

Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut. 

Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2012 atau 2013. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.


erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?


Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar: 175/70R13/82H
  • Lebar permukaan bawah tayar: 175 mm
  • Lebar permukaan sisi tayar: 70 mm
  • Jejari: R
  • Diameter rim: 13 inci
  • Indeks muatan dan symbol kelajuan: 82H
  • Indeks muatan 82: Tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
  • Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

Senarai Kod

  • S - 180 km/j
  • T - 190 km/j
  • U - 200 km/j
  • H - 210 km/j
  • V - 240 km/j
  • Z - Melebihi had laju 240 km/j
  • W - 270 km/j
  • Y - 300 km/j
  • ZR - Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

Berat Tampung Maksima Tayar

Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.


Khamis, 27 Julai 2017

ABEZACK RASA PROTON BAGUS

Cuti hari raya baru baru ni.. Kamii sekeluarga telah menyewa kreta Proton Persona SV

Biasanya sebelum sebelum ini kami akan pilih kereta selain kereta proton kerana abezack memang pandang serong pada proton..

Tapi apabila memandu proton ke Terengganu pemanduan sangat selesa.. Macam bawa kereta yang gagah.. Jauh beza lah keselesaannyn jika nak banding dengan vios.. Apalagi dengan kereta axia abezack.. Baru abezack perasan..

Selepas pengalaman abezack sudah tak memandang serong kepada proton lagi.. Harap proton akan terus memperbaiki kualiti...

PENJIMATAN UNTUK PENGGUNA ONEXOX

Abezack jual kredit ONEXOX

Tawaran jimat
Dengan RM27
Anda dapat kredit MA 29.75 dan tambahan 25 hari tarikh luput..
Anda jimat 9.24%

Selagi stok masih ada... 🤑🤑🤑

WhatsApp Abezack 60163531005